Jom Sembang

Sunday, February 21, 2010

Sekitar Program JUARA RAKYAT 'Pendidikan & Kebajikan'.




Pelbagai program telah dijalankan semasa Juara Rakyat UMNO Bahagian Lembah Pantai sempena bulan 'Pelajaran & Kebajikan' yang diadakan sekitar Taman Sri Sentosa pada 19,20 Feb yang lalu.Antaranya motivasi untuk para pelajar PMR,majlis pemuafakatan bersama PIBG sekolah dalam Lembah Pantai,gotong-royong perdana,penyerahan sumbangan kepada warga emas di Taman Sri Sentosa,majlis tahlil serta jamuan rakyat dan akhir sekali majlis anugerah cemerlang UPSR dan PMR serta bantuan anak-anak yang kurang berkemampuan kawasan Taman Sri Sentosa yang disempurnakan YB Senator Dato' Raja Nong Chik selaku Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar Merangkap Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai..Semua program-program yang dianjurkan telah mendapat sambutan dari penduduk setempat.Turut terlibat ahli-ahli dari parti komponen seperti MCA dan MIC.

No comments:

Post a Comment