Jom Sembang

Sunday, February 21, 2010

Sekitar Program JUARA RAKYAT 'Pendidikan & Kebajikan'.




Pelbagai program telah dijalankan semasa Juara Rakyat UMNO Bahagian Lembah Pantai sempena bulan 'Pelajaran & Kebajikan' yang diadakan sekitar Taman Sri Sentosa pada 19,20 Feb yang lalu.Antaranya motivasi untuk para pelajar PMR,majlis pemuafakatan bersama PIBG sekolah dalam Lembah Pantai,gotong-royong perdana,penyerahan sumbangan kepada warga emas di Taman Sri Sentosa,majlis tahlil serta jamuan rakyat dan akhir sekali majlis anugerah cemerlang UPSR dan PMR serta bantuan anak-anak yang kurang berkemampuan kawasan Taman Sri Sentosa yang disempurnakan YB Senator Dato' Raja Nong Chik selaku Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar Merangkap Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai..Semua program-program yang dianjurkan telah mendapat sambutan dari penduduk setempat.Turut terlibat ahli-ahli dari parti komponen seperti MCA dan MIC.

Friday, February 19, 2010

Program JUARA RAKYAT UMNO LEMBAH PANTAI "PELAJARAN & KEBAJIKAN"

Kepada ahli-ahli UMNO sekitar Lembah Pantai jom kita beramai-ramai ke Program JUARA RAKYAT UMNO LEMBAH PANTAI "PELAJARAN & KEBAJIKAN" di Sek Men Keb Petaling bermula 3 petang 19 Feb 2010 sehingga 20 Feb 2010.Pelbagai Program dianjurkan seperti sesi motivasi untuk pelajar PMR dan SPM,gotong-royong bersama penduduk setempat,ramah mesra bersama PIBG Sek2 sekitar Lembah Pantai serta banyak lagi program-program yang akan berlansung.

Friday, February 12, 2010

Menteri turun padang ke klinik 1Malaysia



Lawatan Kerja Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar YB Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin ke klinik 1Malaysia Lembah Pantai,Pantai Dalam.Diberitakan klinik 1Malaysia di Lembah Pantai mendapat sambutan dari penduduk setampat.Walaupun banyak isu-isu yang sengaja ditimbulkan pihak pembangkang seperti tiada doktor yang ditempatkan di klinik 1Malaysia ia tetap tidak menghalang rakyat membanjiri klinik tersebut.
Dalam ucapan Datuk Raja Nong Chik dia ada memberi cadangan supaya klinik 1Malaysia turut memberi kaunseling kepada masyarakat tentang penjagaan kesihatan.Beliau juga memberi cadangan supaya ditempatkan pelajar-pelajar perubatan yang sedang membuat praktikal di klinik-klinik 1Malaysia.Dengan itu mereka boleh melakukan khidmat masyarakat kepada penduduk di sesuatu kawasan.

Monday, February 8, 2010

Warga Lembah Pantai Mula Bersuara

Warga Lembah Pantai telah mula menyuarakan rasa tidak puas hati mereka pada Nurul Izzah Ahli Parlimen Lembah Pantai.Maklumlah,semasa berkempen pada PRU yang lalu bermacam janji telah disuarakan beliau.
Hakikatnya kini beliau hanya menumpang apa yang telah diuruskan kerajaan BN.Apa yang beliau tahu hanya mencari salah dan kekurangan pada pihak kerajaan.Mengambil contoh isu perumahan,semuanya diselesaikan melalui UMNO Bahagian Lembah Pantai.Kini warga Lembah Pantai perlahan-lahan sedar yang PKR ini hanya parti bermusim.Semua yang dijanji selama ini adalah janji-janji palsu belaka..

Sunday, February 7, 2010

RNC Mengiringi DS Najib di Kg Baru



YB Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin selaku Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar telah mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak meninjau sekitar Kampung Baru semasa lawatannya ke Kampung Baru,Kuala Lumpur.

Salam Satu Malaysia

Blog ini ditubuhkan bagi mempermudahkan proses penyaluran maklumat kepada warga Lembah Pantai keseluruhannya.Ia juga akan memaparkan program-program yang dianjurkan UMNO Bahagian yang berlaku disekitar Lembah Pantai.Berharap ianya dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Kami dipihak Biro It UMNO Bahagian Lembah Pantai mengalukan komen-komen membina untuk memperbaiki mutu laman blog ini agar mendapat sambutan baik dari warga Lembah Pantai.Kepada biro-biro serta cawangan-cawangan yang ingin menyiarkan program yang telah dianjurkan didalam blog ini,bolehlah berhubung dengan Urusetia Biro It UMNO Bahagian Lembah Pantai 019-6109395 atau email ke k.anuar_leen@yahoo.com.